Malay – ICL Statement on the People’s War in India

Seperti kawan-kawan tahu, kawan-kawan Parti Komunis India (Maois) [PKI (Maois)], Tentera Gerila Pembebasan Rakyat dan Organisasi Massa Revolusioner dan Jawatankuasa Rakyat Revolusioner yang dipimpin oleh Parti, sekarang terlibat dalam perkembangan kontra-kempen untuk menewaskan kempen pengepungan dan pembinasaan yang dipanggil “Kagar”.

Download PDFPrint document

Proletar semua negara, bersatulah!

Reaksi tentu untuk kalah, dan Perang Rakyat di India tentu untuk menang!

Tentera revolusioner diperlu kerana isu-isu bersejarah agung hanya dapat diselesaikan melalui kekerasan, dan, dalam perjuangan moden, organisasi kekerasan bermakna organisasi tentera.
 — Lenin

Pengalaman pertentangan kelas dalam zaman imperialisme mengajar kita bahawa hanya melalui kekuasaan senjata dapat kelas pekerja dan massa bekerja menewaskan borjuasi dan tuan tanah yang bersenjata; dengan itu, kita boleh berkata bahawa hanya dengan senjata dapat seluruh dunia ditransformasi.
 — Mao Tsetung

Seperti kawan-kawan tahu, kawan-kawan Parti Komunis India (Maois) [PKI (Maois)], Tentera Gerila Pembebasan Rakyat dan Organisasi Massa Revolusioner dan Jawatankuasa Rakyat Revolusioner yang dipimpin oleh Parti, sekarang terlibat dalam perkembangan kontra-kempen untuk menewaskan kempen pengepungan dan pembinasaan yang dipanggil “Kagar”. Usaha heroik ini sewajarnya pusat perhatian Gerakan Komunis Antarabangsa sebagai keseluruhan, dan tiada siapa yang boleh tidak mempedulikannya. Kami telah mengambil sebuah pendirian sebelum ini: Hari ini, untuk komunis di dunia, Parti Komunis India (Maois) merupakan tiga bendera merah agung yang membuang yang keruh daripada yang jernih[1] dalam Gerakan Komunis Antarabangsa. 1. Pertahanan Marxisme-Leninisme-Maoisme terhadap revisionisme. 2. Jalan Perang Rakyat terhadap jalan perjanjian damai, pendamaian dan kapitulasi. 3. Bendera Revolusi demokratik Baharu, dengan Kelas Tani sebagai asas perjuangan anti-imperialis, terhadap mereka yang menafikan sifat separa feudal dalam negara-negara yang ditindas oleh imperialisme. (Mari kita Sambut dan angkat tinggi ulang tahun Ke-20 penubuhan Parti Komunis India (Maois) yang gemilang, LKA, September 2024)

Hari ini, kami, Liga Komunis Antarabangsa, menegas semula pendirian ini. Dengannya sebagai titik permulaan, kami mengisytiharkan pendirian kami mengenai situasi kini.

Apabila Massa membangkit, Tatanan Lama meruntuh

Gelombang pemberontakan popular terkini yang dipelopori sebuah generasi pemuda pemberontak baru di Negara-Negara Tertindas, yang bermula di Indonesia dan telah menggoncang Nepal, Filipina, Peru, Madagaskar dan Maghribi, dan terus berkembang lagi, adalah manifestasi hebat tentang Kekuasaan Massa — apabila mereka membangkit, Bumi menggegar, langit beribut dan Tatanan Lama meruntuh. Gerakan anti-imperialis yang semakin lagi berlawanan di Negara-Negara Tertindas, didorong oleh heroisme yang sangat mengilhamkan Rakyat Palestin dalam Penentangan Nasional yang tak terpecahkan terhadap imperialisme AS dan pembunuh Israel, menunjukkan bahawa proletariat dalam kubu kota pemerintah dunia kononnya telah bangun dari tidur lesunya dan dengan kuasa yang dibaharukan semula membuktikan bahawa ia wajar kepada tradisi-tradisi gemilangnya. Dalam zaman terkini ini, perjuangan proletariat dan rakyat Ecuador (penutupan separa[2] yang berlaku sekarang) dan Perancis (perjuangan September), dengan pembezaan nyata antara mereka, menonjolkan kerana gerakan-gerakan tersebut mempunyai pengaruh penting komunis dalam kawasan-kawasan dan sektor-sektor yang menentukan antara massa terluas dan terdalam, dan sifat yang kurang spontan. Dunia ini tidak aman, tidak pernah aman, tetapi ia menjadi lagi demi lagi gelisah oleh perjuangan massa agung, yang mengumumkan fajar baharu dan mengesahkan sekali lagi bahawa revolusi adalah kecendurangan utama. Situasi revolusioner dalam perkembangan secara tidak sama rata di dunia bermanifestasi dengan kuat.

Seluruh sistem kapitalis, dalam tahap terakhirnya, imperialisme, berada dalam krisis umum yang memecut. Penghasutan perang kuasa imperialis, khususnya yang diberi impuls oleh usaha imperialisme AS untuk menghentikan penurunan sendirinya dan mendapat semula kedudukan yang hilang, telah menimbulkan sebuah dorongan besar dalam ketenteraan Negara imperialis. Reaksi di seluruh jalan, meningkat kecenderungan terhadap fasisme dan kemerosotan besar keadaan kerja dan hidup Massa, tidak dilihati seperti ini dalam dekad-dekad, adalah realiti di seluruh Planet. Dalam dunia yang mempunyai kekayaan yang dahsyat, 673 juta berkurang khasiat dan 2.6 bilion orang tidak mampu membeli makanan yang mencukupi untuk manusia.

Tergentingnya situasi di Negara-Negara Tertindas, krisis kapitalisme birokratik diganda oleh pengenaan institusi imperialisme dan pencerobohan kejam, seperti di Laut Caribbean (Venezuela, Colombia, Haiti, dll.) di mana imperialisme AS melanggar secara terbuka setiap undang-undang yang wujud mengenai kedauluatan Negara-Negara. Perebutan antara kuasa imperialis untuk penguasaan pasaran dan bahan mentah, “zon pengaruh”, tanah jajahan dan tanah separa jajahan, inilah kandungan kontradiksi antara kuasa imperialis, kontradiksi inter-imperialis. Apabila kontradiksi ini meruncing, kuasa imperialis mesti menggengam tangan yang menguasai tanah jajahan dan tanah separa jajahan “mereka”, untuk mengusir pesaing mereka, mengena tatanan senjata dan kesetiaan penuh perkakasnya, dan ini juga meruncing kontradiksi antara imperialisme dan Negara dan Rakyat Tertindas.

Dalam situasi dunia kini, terdapat tiga kontradiksi asas: kontradiksi antara borjuasi dan proletariat, kontradiksi antara kuasa imperialis (kontradiksi inter-imperialis) dan kontradiksi antara imperialisme dan Negara dan Rakyat Tertindas. Kontradiksi terutama adalah kontradiksi antara imperialisme dan Negara dan Rakyat Tertindas. Kontradiksi ini memain peranan yang memimpin dan menentukan, ini mesti difahami dengan tegas dan kemudian, seperti Pengerusi Mao berkata, semua masalah lain yang kita mesti menganalisis dapat “mudah diselesaikan”.

Perkembangan Gerakan Pembebasan Nasional Negara dan Rakyat Tertindas yang meningkat, menekankan keperluan menggabungkannya dengan Gerakan Proletariat Antarbangsa. Ini bermakna, dalam perkataan lain, bahawa Marxisme-Leninisme-Maoisme dan bukan apa-apa ideologi lain mesti membimbing perjuangan dunia terhadap imperialisme dan reaksi. Inilah tugas Parti-Parti Komunis dan menuntut bahawa melalui mendudukkannya di barisan hadapan perjuangan, melalui mengangkat senjata untuk mengembang Perang Rakyat, di tengah-tengah konfrontasi keras antara revolusi dan kontra-revolusi, membina Barisan Anti-imperialis yang kuat. Kami Maois tahu sangat baik bahawa tanpa Tentera Rakyat, Rakyat tidak memiliki apa-apa.

Pelopor-pelopor proletariat bersenjata di Negara-Negara Tertindas, iaitu Parti-Parti Komunis yang memimpin Perang Rakyat, dalam situasi ini memain peranan penting untuk perkembangan perlawanan terhadap imperialisme, untuk perkembangan dan bakal kejayaan revolusi proletariat dunia. Parti-Parti ini mempunyai detasmen berhadapan tentera yang bertumbuh bagi yang ditindas dan diperas, mereka yang menunjukkan jalan melalui serbuan dunia. Mereka adalah contoh jelas kepada penggabungan gerakan proletariat dengan gerakan pembebasan nasional di bawah panduan Marxisme-Leninisme-Maoisme. Dengan ini, kepentingan Perang Rakyat pimpinan puak Maois melepasi negara mereka, mereka penting untuk perjuangan demi kejayaan Komunisme di seluruh dunia.

Bukan kita sahaja tahu ini, musuh kita lebih sedar tentang ini berbanding dengan “komunis revolusioner” kononnya. Menurutnya, kuasa imperialis dan reaksioner, khususnya imperialisme AS yang masih memenuhi tugasnya sebagai polis dunia kontra-revolusi, mengguna pelbagai cara untuk menindas Perang Rakyat dengan darah dan api.

Revisionisme dan oportunisme, sebagai hamba sengsara penindas (yang mereka juga adalah), juga memain peranan mereka, satu yang lebih bahaya daripada semua lain senjata dalam pemersenjataan kontra-revolusi. Binatang hodoh dan idea busuk ini menyusup dalam kepimpinan Parti-Parti Komunis dengan komplot jahat serba aneka dan tidak takut untuk bekerjasama dalam semua lapangan dengan polis politik dan perniagaan pembunuhan seperti CIA dan sebagainya. Dalam beberapa kes, mereka mendapat kejayaan bersementara, seperti dengan kes pengkhianatan Öcalan dan pembubaran PKK terhadap aspirasi Rakyat Kurdi untuk hak penentuan nasib sendiri atau dalam kes-kes mereka membahagikan gerakan anti-imperialis dengan mengadu domba Barisan Penentangan Nasional di Palestin.

Dalam konteks sejarah dan politik umum bagi pertentangan antara revolusi dan kontra-revolusi ini, perlulah kita lihat pertempuran epik yang kawan-kawan kita di India sedang melawan kini.

“Operasi Kagar” akan gagal, PKI (Maois) akan mengatasi

“Operasi Kagar” berkembang sebagai aplikasi tegas strategi zalim yang dipanggil “Konflik Intensiti Rendah” (KIR), dikembang oleh imperialisme AS. Ia khususnya menonjolkan bahawa dalam “Operasi Kagar”, latihan yang imperialisme AS belajar dalam perlawanan terhadap Perang Rakyat di Peru diaplikasikan sini. Inilah pengakuan dalam praktik mengenai betapa bahayanya kuasa imperialis dan reaksioner mempertimbangkan Perang Rakyat di India, kempen ganas yang menumpahkan darah ini adalah ekspresi ketakutan mereka kepada kekuatan gerakan revolusioner.

Kepusatan kuat dalam tangan Kerajaan Pusat dan kesatuan Struktur Arahan Polis, Agensi Perisikan dan Tentera, bersama dengan serangan penuh kepada apa-apa bentuk penentangan daripada intelek, progresif dan juga Parti parlimen (bahkan Parti Kongres pun telah dituduh bekerja dengan “Naxal Bandar”!), memastikan bahawa Kuasa penuh Negara Birokratik-Tuan Tanah boleh diarah terhadap gerakan revolusioner. Tentera memimpin kempen tentera secara langsung, penggunaan pengeboman angin, “Angkatan Khas” memimpin kontigen besar angkatan separa tentera dan polis. Penyeksaan zalim, dengan penderaan, kerogolan dan penculikan/“kehilangan”, terhadap organisasi demokratik yang sebelumnya boleh operasi dalam kebebasan relatif, untuk menyenyapkan rangkaian komunikasi semula Parti dan menimbulkan suasana sosial yang didominasi oleh kezaliman putih. Penggunaan sistem “kampung selamat” (pada dasarnya Kem Tahanan) dan “Pangkalan Operasi Maju”, dengan pangkalan tentera di pusat “sistem pengawalan seluruh”. Penggunaan “Program Tindakan Sivil”, “kepolisan ramah”, cuba mendapat sokongan massa dengan mengambil kesempatan kemiskinan mereka dengan mengedar bahan bantuan. Usaha untuk melakukan kempen salah informasi, sebagai sebahagian daripada peperangan psikologi, untuk menyampaikan setiap kampung terpencil (CPRF[3] mengedar sepuluh ribuan radio di Bastar). Polisi mengerahkan geng-geng tuan tanah, pembelot dan massa dipaksa ke dalam militia kontra-revolusioner (seperti “Pengawal Simpanan Daerah”), untuk membuat Massa melawan Massa. Program besar untuk pengkhianat dan pembelot, dengan pengampunan dan “pemampasan” ekonomik untuk mereka yang “bertaubat” dan “menyertai arus perdana”. Media berpusat yang memberi liputan, dengan kekalahan Angkatan Negara Lama disembunyikan tetapi “kejayaan” mereka dibuat besar, kepada kadre pembelot dan imej “penyerahan massa” (acap kali dilakon).

Kesemua ini, yang hari ini berlaku di India sangat serupa dengan apa kuasa imperialis AS mengaplikasikan di Peru pada permulaan 1990-an. Seperti dikatakan oleh kawan-kawan India: “Program kontra-pemberontakan di India dibimbing secara langsung oleh kuasa imperialis, terutamanya kuasa imperialis AS. Dengan pembentukan Pusat Kontra-Keganasan Nasional (NCTC) dan operasi Kagar yang sedang berlaku, peranan imperialisme US adalah mustahak”.

Imperialis AS dan “rakan-rakan” Indianya mengikut rancangan berjangka panjang. Mereka tidak mengimprovisasi. Mereka telah mengkaji PKI (Maois) untuk masa yang panjang dan mereka tahu bahawa Parti Komunis hanya boleh ditampar genting apabila mereka dapat menyusupnya atau/dan mendapat subahat dalam baris-barisnya. Ia adalah sebahagian daripada KIR — strategi yang cuba untuk membahagi angkatan pemberontak dan bagi ini, angkatan reaksioner cuba campur tangan secara aktif dalam hidup dalamannya. Khususnya pemimpin penting telah dibunuh atau ditangkap dan kelompok kanan ditinggal hidup. Setiausaha Agung kawan Basavaraj memberi hidupnya demi kesinambungan Perang Rakyat sehingga kejayaan. Penentangan heroik beliau sehingga nafas terakhirnya terhadap serangan musuh, bersama dengan lebih daripada 20 kadre berpimpin yang enggan berputus asa, adalah teladan berkuasa yang diberi oleh sebuah komunis yang sedar akan peranan beliau dalam memimpin Parti dan memberi panduan kepada Perang Rakat, sementara “Sonu” yang mendakwahkan kapitulasi masih hidup — tiada kebetulan dalam Politik. Seperti revolusioner cuba mengambil kesempatan kepada maksimum atas kontradiksi antara kem musuh, reaksioner juga membuat demikian.

Pengerusi Mao Tsetung mengajar kita bahawa faktor dalaman sentiasa menentukan dan dalam detik pertentangan antara revolusi dan kontra-revolusi meruncing tinggi, apabila kesusahan dan tamparan penting dialami, kecenderungan terhadap kapitulasi muncul. Mula-mulanya timbulnya sebagai idea dan konsepsi dan kemudian berkembang menjadi garis revisionis dan kesubahatan dengan reaksi. Jawatankuasa Pusat PKI (Maois) mengutuk dan menolak klik Sonu yang telah mengkhianati Parti dan revolusi. Pembelot Sonu adalah wakil kecenderungan terhadap pendamaian, kapitulasi, pemikiran unilateral dan takut akan mati, yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Parti dan Marxisme-Leninisme-Maoisme. Dengan mengguna penghujahan yang kolot, beliau menuduh PKI (Maois) atas ultra-kiri, “menolak perjuangan di sisi undang-undang”, menentang prinsip kemahakuasaan perang revolusioner, perang rakyat berpanjangan, dan pada akhirnya garis tentera PKI (Maois). Sebagai PKI (Maois) telah mengutuk, dalam asas politik revisionisme Sonu, terdapat penafian sifat separa feudal masyarakat India, bahawa kontradiksi terutama telah mengubah menjadi kontradiksi antara proletariat dan borjuasi, yang cuba membubar Revolusi Demokrasi Baharu dan Perang Rakyat.

Sonu dan kliknya menolak pertentangan dua garis, menentang demokrasi berpusat Parti, untuk memimpin komplot yang bertujuan untuk memecahbelahkan Parti. Ia menjadi jelas bahawa pendirian dan penghujahan tersebut untuk menentang prinsip-prinsip Parti adalah alasan untuk membubarkan Parti, berkapitulasi daripada Perang Rakyat dan kemudian menyertai baris-baris kontra-revolusi dan mula memberi senjata berharga Parti kepada Kontra-Revolusi.

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis India (Maois) menyatakan:

Kecenderungan pendamaian yang Sonu dan Satish telah menyubur selama dekad-dekad ditransformasi secara beransur kepada pendamaian, dengan Operasi Kagar, oportunisme berdamai ini ditransformasi menjadi pengkhianatan dan tindakan kontra-revolusioner. Kita tidak dapat menilai perkembangan ini secara betul sebelum ia berlaku. Sebagai hasil kegagalan ini, dua-duanya mengguna posisi kepimpinan mereka untuk membuat kerosakkan serius kepada gerakan revolusioner. Kita telah memberitahu kem revolusioner bahawa kita akan mengkaji kegagalan ini dan mendapati iktibar penting. (…)

Jika pun Sonu dan Satish menyerah hari ini dan satu lagi menyerah esok, kita janji kepada rakyat bahawa Parti kita tidak akan menyerah kepada musuh. Selagi terdapat kelas, pertentangan kelas — dalam bentuk tertingginya, Perang Rakyat — akan terus sambung; inilah hukum sejarah. Penyerahan tidak boleh mengubah hukum ini. Maka, walaupun terdapat kekalahan sementara, kita akan maju dengan semangat dan kepercayaan agung dalam perjuangan untuk kemajuan gerakan revolusioner. Kemenangan terakhir adalah milik rakyat.

Pengalaman daripada sejarah mengajar kita bahawa musuh akan mengguna anasir-anasir revisionis, oportunis dan pengkhianat untuk cuba membahagikan Parti. Ini adalah unsur utama strategi KIR: Musuh membuat apa-apa ia boleh untuk menimbulkan kekeliruan supaya angkatan revolusioner mula mempunyai keraguan dan sesiapa yang syak akan hilang inisiatif. Tanpa inisiatif, Tentera Rakyat tidak boleh mengaplikasikan pertahanan aktif, ia menjadi pasif secara relatif dan dapat dimusnahkan.

Terdapat dua cara untuk mengalahkan sebuah Tentera Gerila: memisahkannya daripada Massa atau memenggal kepalanya dengan membubarkan kepimpinannya; pada dasarnya kuasa reaksioner perlu membunuh kepimpinan Parti Komunis untuk menyebabkan kekalahan sementara dalam Perang Rakyat kerana ia adalah kepimpinan Marxix-Leninis-Maois Parti yang betul dan menjamin perpaduan antara Tentera Revolusioner dan Massa.

Komunis di seluruh dunia mesti sekeras-kerasnya menghancurkan semua serangan daripada musuh dan menutup baris-baris dengan Parti Komunis India (Maois), dipimpin oleh Jawatankuasa Pusat yang dipilih oleh Kongres Parti dan mengaplikasikan Garis Parti yang ditetap olehnya. Sesiapa yang tidak mengakur kepada dokumen-dokumen asas Parti dan disiplinnya mempunyai tiada hak kepada keahlian Parti. Inilah cara kerja Parti Komunis, ia adalah persoalan prinsip dan semua orang yang mempunyai pengetahuan Marxisme-Leninisme-Maoisme yang paling asas tahu ini.

Garis asas Parti Komunis India (Maois), jalan untuk diikuti demi Revolusi India, Perang Rakyat Berpanjangan, untuk Menakluk Kuasa di seluruh negara yang bermula dengan Revolusi Demokratik Baharu dan kemudian maju kepada Revolusi Sosialis dan berarak ke Komunisme — seperti ditetapkan oleh Kongres Parti dan Dokumen-Dokumen Asas — adalah benar tanpa apa-apa keraguan yang mungkin. Ini satu-satunya adalah garis Marxis-Leninis-Maois dan apa-apa garis lain adalah pengkhianatan revisionis. Apa-apa Jawatankuasa Pusat Parti mungkin menyimpul selepas kawan-kawan dapat mengumpul dan mengupas pengalaman zaman kini, apa-apa penyelarasan yang mereka akan lakukan mengenai persoalan taktik dan aplikasi, tiada apa-apa yang boleh mengubah ini.

Setiap kekalahan sementara, seperti terhilangnya sebuah Kawasan Pangkalan, pendirian semula Kuasa Negara Lama di beberapa kawasan yang wujudnya Jawatankuasa Rakyat Revolusioner, tidak pelik kepada Maois. Kawasan Pangkalan adalah cecair pada intipatinya, sebagai ekspresi bentuk perkembangan Perang Rakyat, melalui proses dengan dua belah yang bersaing, revolusi dan kontra-revolusi, cuba mengepung dan membinasa satu sama lain sehingga kejayaan terakhir revolusi. Perang Rakyat di China berkembang secara itu dan akanlah setiap Perang Rakyat yang telah ditempur sehingga kini. Di bawah kepimpinan mutlak Parti, TGPR[4] akan memobilisasi, mempolitik, mengorganisasi dan mempersenjatai Massa dan Kuasa Baharu akan maju sekali lagi, mendapat semula kawasan yang hilang dan menakluki kawasan baharu.

Liga Komunis Antarabangsa berdiri tegas, berganding bahu, dengan PKI (Maois), Tentera Gerila Pembebasan Rakyat, Massa dalam Barisan Revolusioner di kawasan luar bandar dan kawasan bandar, di bawah panji Marxisme-Leninisme-Maoisme, di bawah panji Perang Rakyat, dan menolak dan mengutuk apa-apa cubaan untuk menyebar kekeliruan, pesimisme dan kapitulasi. Kita sepenuhnya yakin bahawa kawan-kawan kita di India, dipimpin oleh Jawatankuasa Pusat, akan mengalahkan strategi LIK dengan mengembang lagi Perang Rakyat. Tiada apa-apa yang boleh mengalahkan Kuasa Massa teratur, dan di bawah kepimpinan pelopor proletariat revolusi India, PKI (Maois) yang gemilang, Rakyat India akan terus menghapuskan Imperialisme, Kapitalisme Birokratik dan Separa Feudalisme dengan Perang Rakyat, ia akan berjaya mengakhiri Revolusi Demokratik Baharu dengan menakluki Kuasa di seluruh negara dan akan membina Sosialisme dan, dengan, Revolusi-Revolusi Kebudayaan, berarak depan ke Komunisme sesama manusia lain. Ini adalah penunaian Hukum-Hukum Sejarah, ekspresi kepada Hukum gerakan Jirim — pengkhianat boleh kata apa-apa pun — inilah Fakta.

Revisionisme adalah kebahayaan utama dalam Gerakan Komunis Antarabangsa

Pendirian revisionis pembelot Sonu dan kliknya dan pengkhianatan beliau bukannya fenomena yang ekslusif kepada India; mereka juga adalah ekspresi kepada pendirian revisionis yang wujud dalam Gerakan Komunis Antarabangsa (GKA), dalamnya terdapat penyokong Pembelot Sonu yang terbuka dan tersembunyi. Oleh itu, kita mesti mengambil iktibar daripada peristiwa-peristiwa ini dan mengambil apa yang berlaku dengan klik pengkhianat Sonu sebagai amaran penting bagi GKA dan seruan untuk mengangkat perlawanan terhadap revisionisme dan segala oportunisme, dan khususnya terhadap kecenderungan kapitulasisme dan pengkhianatan. Menutupkan baris-baris dengan PKI (Maois) adalah untuk melawan pengikut Sonu dalam GKA, menghapuskan semua pendirian revisionis dan oportunis yang menjurus dengan pendirian beliau.

Pihak yang sentiasa menyebar penafian sifat Negara-Negara Tertindas sebagai negara separa kolonial dan separa feudal, yang dalamnya kapitalisme birokratik berkembang, sama ada dengan mengangkat slogan lama Trotskyis tentang  “negara kapitalis bergantung” ataupun teori Kautsky tentang “negara imperialis baharu”, sentiasa menjadi anjing pemburu tuan imperialis mereka dengan “data ekonomik baharu” yang mengkaburkan, bagi “intelek” borjuasi kecil yang tidak mempunyai akar umbi antara Massa, hubungan pemerasan dan hubungan ekonomik imperialisme, adalah perkakas sebenar borjuasi. Kekuatan utama revolusi proletariat dunia, dalam fasa kini perkembanganya, adalah revolusi Demokratik Baharu yang dipimpin oleh proletariat melalui Parti-Parti Komunisnya, dan inilah apa yang revisionisme ingin kita melupakan, mereka sentiasa menyeru kepada “keadaan baru” dan penuduhan “ultra-kiri”.

Hari ini dalam dunia, kita hidup dalam detik-detik kepecutan bersejarah dengan komunis sedunia diseru untuk menyertai pertempuran agung dan meletakkan diri di barisan hadapan peristiwa-peristiwa dan untuk mengembang kekuatan subjektif revolusi. Pengerusi Mao mengajar kita bahawa ketakutan bercanggah dengan revolusi dan hanya mereka yang berani akanlah menang[5]. Sonu, takut akan mati dan analisis unilateral, merupakan jiwa kapitulasis yang bertentangan dengan revolusi. Oleh itu, kita menyeru kepada seluruh GKA untuk belajar daripada iktibar ini yang PKI (Maois) menunjukkan, sekali lagi, bahawa revisionisme adalah kebahayaan utama dan kita mesti mengeraskan pertentangan dua garis untuk melawannya dalam barisan kita dan untuk mempromosikan keperluan untuk mengabdi diri kepada revolusi.

Tibanya masa untuk menutup baris-baris lagi tegas dengan PKI (Maois)

Tibanya masa untuk menutup baris-baris lagi tegas dengan PKI (Maois). Adalah penting untuk mengukuhkan dan mengangkat ke kemuncak baru sokongan gerakan revolusioner antarabangsa dan anti-imperialis untuk Perang Rakyat di India. Kita mestilah menjadi penolong dalam menewaskan “Operasi Kagar”.

Sejak dua dekad belakangan, PKI (Maois) telah mejadi sumber inspirasi yang teramat kepada komunis dan revolusioner di seluruh dunia. Malahan, kebanyakan revolusioner proletar generasi baru yang sekarang memain peranan yang penting dalam perjuangan membina semula gerakan revolusioner dan anti-imperialis dalam banyak negara, dan memberi sumbangan yang terhargai demi penubuhan semula Parti-Parti Komunis, diyakin oleh pelopor Maois melalui kekuasaan tanggapan transformasi realiti secara revolusioner oleh Perang Rakyat yang dipimpin oleh PKI (Maois), proses yang serupa kepada situasi di China dengan Pengerusi Mao menyatakan bahawa salvo-salvo meriam dalam revolusi Oktober membawa Marxisme-Leninisme ke China. Fakta ini sahaja cukup untuk membuktikan kepentingan revolusi demokratik baharu di India demi revolusi dunia. Tetapi sudah tentu, kepentingan perkembangan revolusi di negara yang paling ramai penduduknya lebih hebat daripada itu. Jisim Massa menentukan hasil terakhir perang demi menewaskan imperialisme, kemajuan atau kekalahan kita di India menentukan hubungan kekuatan antara revolusi dan kontra-revolusi di seluruh dunia. Sebagai internasionalis proletar, kita mempunyai tugas yang sungguh-sungguh untuk berdiri seperti batu bersama kawan-kawan di India, kita mesti terus lakukan begitu dengan keyakinan tegas bahawa apa dalam bahaya adalah kelajuan perkembangan revolusi dunia.

Kita mesti menggandakan usaha kita untuk mengembang kempen antarabangsa untuk menyokong Perang Rakyat di India. Kita tidak boleh membenarkan rancangan zalim imperialisme, sebagai sebahagian daripada strategi KIR, dan reaksioner India, dengan bantuan pembelot dan pengkhianat, bagi menyebar kekeliruan dan pesimisme untuk berjaya. Kita mesti membongkar peperangan psikologi musuh dengan mengangkat kesedaran angkatan kita dan Massa secara umumnya dengan kebenaran Marxisme-Leninisme-Maoisme, menperkembangkan serangan balasan ideologi dan politik kita. Kita mesti menyerbu ke pertempuran di setiap medan untuk melawan semua serangan terhadap kawan-kawan India. Kita mesti menyatukan semua yang boleh disatukan untuk membakti kepada penewasan “Operasi Kagar” — dan strategi KIR secara umumnya — demi kemenangan Revolusi Demokratik Baharu di India melalui satu-satunya jalan, Perang Rakyat.

Kami menyeru kepada Parti-Parti Komunis dan organisasi-organisasi revolusioner, antiimperialis sedunia dan semua yang menentang reaksi untuk maju dengan pantas dalam pembinaan barisan anti-imperialis, dengan berjuang untuk menyalurkan sentimen anti-imperialis yang semakin meningkat dan bantahan Massa menjadi satu arus gergasi untuk tindakan keras, dengan Perang Rakyat sebagai intipatinya. Sekarang, proses ini mesti mengambil sebuah lonjakan, apa kita telah buat sejak sekarang tidak cukup. Semua Marxis-Leninis-Maois di setiap negara mesti membuat usaha dan penyelarasan yang penting untuk berkembang kegiatan ini. Kami, Liga Komunis Antarabangsa, akan memenuhi peranan kami dengan lagi keazaman dan usaha.

Kawan-Kawan,

Kami menjemput semua parti komunis dan organisasi untuk menyertai seruan ini, memanifestasikan perpaduan dan tandatangan mereka kepada seruan ini, yang bertujuan untuk memberi impuls kepada kempen bersatu GKA bagi pertahanan PKI (Maois) dan Perang Rakyat di India.

HIDUP PARTI KOMUNIS INDIA (MAOIS)!
 
 MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA YANG TERGUGUR DALAM MENGIKUT JALAN PERANG RAKYAT!
 
 HANCURKAN “OPERASI KAGAR”!
 
 HIDUP PERANG RAKYAT DI INDIA!
 
 HIDUP MARXISME-LENINISME-MAOISME!

Liga Komunis Antarabangsa
 Oktober 2025